Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Pengacara Mulut Lancang, Joan Rivers Mati Setelah 8 Hari Koma

Siapa yang tidak kenal dengan pengacara program Fashion Police, Joan Rivers yang diketahui dengan mulutnya yang celupar.

Wanita berumur 81 tahun itu dilaporkan mati di sebuah hospital di New York semalam setelah koma sejak 28 Ogos lalu.

Kematiannya dianggap sebagai pembalasan di atas keceluparannya yang mengeluarkan kenyataan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

Menurut kenyataan anaknya, Melissa Rivers, ibunya dimasukkan ke Hospital Mount Sinai apabila berhenti bernafas setelah menjalani satu pembedahan yang melibatkan peti suara di sebuah klinik di New York.

“Dengan dukacita saya mengumumkan berita kematian ibu saya, Joan Rivers. Dia meninggal dunia pada 1.17 petang Khamis. Keluarga serta teman rapatnya berada di sisinya sewaktu menghembuskan nafas terakhir,”katanya.

Rakan selebriti seperti Whoopi Goldberg, Dolly Parton turut mengucapkan takziah atas kematian tersebut.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut menghantar perutusan takziah atas kematian ikon komedi yang telah menggembirakan jutaan penonton di seluruh dunia.

Rivers juga merupakan penyokong lantang Israel.

Dia bukan sahaja mempertahankan tindakan Israel malah menyifatkan rakyat Palestin patut mati kerana memulakan peperangan. Bukan itu saja, dia menuduh tentera Hamas sebagai pengganas di samping merendah-rendahkan serta menghina penduduk Palestin.
sumber: :-MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Pengacara Mulut Lancang, Joan Rivers Mati Setelah 8 Hari Koma"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info