Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Pengawal Keselamatan Maut Di Tembak

Mangsa yang maut akibat ditembak dalam kejadian berhampiran plaza tol Bidor, 11 malam tadi, dikenali sebagai G Mogesvaran, 22‎, seorang pengawal keselamatan.


Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa mati akibat terkena satu das tembakan pada bahagian belakang badan yang menembusi dada kanannya, manakala dua rakannya yang cedera terkena tembakan pada bahagian leher dan tangan, namun dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menurutnya, polis menerima maklumat dari orang awam mengatakan terdengar bunyi tembakan kira-kira jam 11 malam tadi di sebuah premis rumah kedai yang baru siap berhampiran Taman Batang Padang, Bidor kira-kira 200 meter dari plaza tol Bidor.

"Siasatan awal mendapati mangsa bersama lima rakannya dipercayai sedang minum dan berborak di kaki lima bangunan yang baru siap itu, sebelum seorang suspek datang dan terus melepaskan beberapa das tembakan.

"Mangsa bersama dua rakannya yang cedera selepas ditembak cuba menyelamatkan diri dengan lari ke kawasan perumahan berhampiran, namun jatuh tertiarap di depan sebuah rumah kira-kira 100 meter dari tempat kejadia‎n dan meninggal dunia," katanya dalam sidang media di sini tadi.

Katanya, susulan daripada kejadian polis menahan empat individu di sekitar kawasan Bidor bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Pengawal Keselamatan Maut Di Tembak"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info