Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Penjelasan Sebenar Tentang Cahaya Misteri Terangi Langit Di Sabah


Orang ramai di sekitar bandar raya ini dan Penampang gempar dengan kemunculan cahaya misteri di langit. Fenomena itu mula kelihatan kira-kira jam 7 malam hingga 10 malam sebelum ia hilang daripada pandangan. Berikutan kejadian itu, orang ramai mengambil kesempatan memuat naik gambar ke media sosial Facebook dan WhatsApp sehingga menimbulkan tanda tanya, malah ada yang mengaitkan sebagai tanda-tanda Kiamat.

Bagaimanapun, Pengarah Meteorologi Abdul Malek Tusin memberitahu kejadian ini adalah fenomena Cahaya Pilar yang berlaku akibat daripada pantulan cahaya ke atas hablur ais di awan tinggi. "Fenonema ini memang pernah berlaku tapi mungkin tidak dihebohkan. "Orang ramai di negeri ini tidak perlu bimbang kerana ia tidak berbahaya," katanya ketika dihubungi,  
sumber:-Metro 
0 Komentar untuk "Penjelasan Sebenar Tentang Cahaya Misteri Terangi Langit Di Sabah "

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info