Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Penyanyi Dangdut ‘Goyang Pancing’ Maut Nahas Jalan Raya



Penyanyi dangdut yang sedang mencipta nama di Indonesia, Rere Gocing (Goyang Pancing) meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya semalam.

Rere terlibat dalam nahas di Pamanukan, Jawa Barat sekitar jam 11.30 pagi ketika menunggang motosikal untuk ke rumah neneknya.

Di sebalik lambakan penyanyi dangdut Rere antara yang berjaya mencuri perhatian masyarakat seberang menerusi lagu popularnya berjudul Alay selain memiliki wajah dan tubuh seksi.

Berita kematian ini menggemparkan peminat kerana namanya semakin disebut-sebut sejak akhir-akhir ini terutama Goyang Pancing yang menjadi identiti diri Rere.

sumber: MYNEWSHUB.CC


0 Komentar untuk "Penyanyi Dangdut ‘Goyang Pancing’ Maut Nahas Jalan Raya"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info