Tidak dapat dibayangkan betapa remuknya hati seorang bapa apabila melihat anak perempuan berusia 9 tahun melambung di depan mata dirempuh kereta ketika melintas jalan bersama ibu mentuanya dekat simpang Kampung Tambalang Bolong di Jalan Sulaman, pagi tadi.
Dalam kejadian menyayat hati itu, Nursyahidatul Mohd Saiful melambung lebih lima meter manakala neneknya Rozilah Wati Mitang, 59, tercampak kira-kira tiga meter sebaik dirempuh kereta Perodua Viva dipandu seorang wanita.
Kedua-dua insan malang itu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.
Sejurus sebelum kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, lelaki Brunei berusia dalam lingkungan 30-an terbabit dikatakan sedang menunggu anaknya di seberang jalan untuk dihantar ke sekolah.
Nursyahidatul dikatakan tinggal bersama neneknya di sebuah rumah di tepi jalan berkenaan.
Nursyahidatul dan neneknya berpimpin tangan ketika melintas jalan apabila kereta yang dipandu seorang wanita berusia 24 tahun dikatakan gagal mengelak dan merempuh kedua-dua mangsa.
Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
sumber:kezoom
Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini
Popular Posts
-
MELAKA: Seorang lagi remaja perempuan dari Masjid Tanah mendakwa dirinya hampir dijadikan pelacur oleh kenalan lelakinya. Insiden berkenaa...
-
1. Memukul wajah Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, mak...
-
Antara tanda-tanda kiamat semakin hampir ialah apabila dapat dilihat perempuan yang berpakaian tetapi sebenarnya bertelanjang. Cuba tengok...
-
Foto ilusi memang sering mengundang rasa kagum serta menjadi sebuah misteri yang harus diselesaikan bagi siapa saja yang menglihatnya. Jaran...
-
KUALA LUMPUR - Lembaga Pengampunan telah membuat keputusan terhadap petisyen bagi pengampunan diraja dikemukakan oleh Ketua Pembangkang D...
-
Seorang lelaki dari Lafayette di sini telah mengumpul kuku kaki dan jarinya yang dipotong sejak Februari 1978 dan menyimpannya dalam sebuah...
-
Seorang isteri menangis-nangis nak mandikan jenazah suami dia. Bapak mertua dan polis forensik tak bagi. Sambil menangis isteri berkata ini ...
-
1) Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia terletak di kota suci Makkah dan be...
-
Orang kata aku lahir dari perut mak! (Bukan Org kata, memang betul) Bila dahaga , yang susukan aku . Mak . Bila lapar , yang suapkan aku...
-
Bapa Ini Tidak Pernah Mengakui Benjy Sebagai Anak Kandungnya...Kenali Beliau... Siapa Sebenarnya Bapa Pelakon Yang Enggan Mengaku Anak? Sa...
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Pilu Lihat Anak & Ibu Maut Di Rempuh Depan Mata"