Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Rise Dari Kumpulan Ladies Code Turut Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

Selepas Eun B daripada kumpulan Ladies Code meninggal dunia akibat kemalangan, hari ini dunia Kpop dikejutkan lagi dengan berita pemergian seorang lagi ahli kumpulan tersebut iaitu Rise. Berusia 23 tahun, Rise telah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan serius yang dialaminya selepas van yang dinaiki terbabas melanggar pembahagi jalan. Rise meninggal dunia kira-kira jam 10.10 pagi.
Pemergian Rise yang berusia 23 tahun berlaku selepas 4 hari terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kecederaan serius di bahagian kepalanya. Pembedahan telah pun dilakukan namun keadaan Rise tidak bertambah baik. Ketika pemergiannya, keluarga dan kenalan terdekat berada di sisi.

Pemergian 2 ahli Ladies Code ini pastinya memberikan kesan yang amat mendalam kepada peminat Kpop. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga dan sahabat handai mereka. Semoga ada berita baik untuk ahli-ahli lain Ladies Code.
sumber:http://beautifulnara.com/
0 Komentar untuk "Rise Dari Kumpulan Ladies Code Turut Meninggal Dunia Akibat Kemalangan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info