Berdasarkan penerangan oleh Anson Ho, adik kepada mangsa, abangnya bersama dengan rakan-rakannya dalam perjalanan pulang setelah makan lewat malam di Bukit Tinggi.
Ketika melalui sebuah stesen minyak, tiba-tiba sebuah motosikal yang membawa pembonceng melempar satu objek ke arah cermin kereta abangnya, Andre Ho.
Pada ketika itu, cermin kereta abangnya terbuka.
Abangnya menepis objek tersebut, malangnya, objek tersebut adalah sebuah bom buatan sendiri.
Tindakan abangnya itu menyebabkan kecederaan yang parah di alami di tangan abangnya hingga terbelah.
Namun, tindakan abangnya itu juga telah menyelamatkan dua lagi rakannya di dalam kereta berkenaan.
Kepada penduduk yang berada di kawasan Klang, berhati-hati lah dengan mereka ini. Jika anda memandu kereta, pastikan cermin sentiasa tertutup.
Sama-sama kita doakan agar Andre Ho cepat sembuh dan penjenayah tersebut berjaya ditahan pihak polis.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Tangan Parah Kena Bom Di Klang?"