Seorang artis mengaku sengaja mengajak teman lelakinya masuk ke rumah pada pukul 3 pagi untuk singgah minum air kerana mahu ditangkap khalwat. Artis ini memberitahu kami di satu perbualan telefon semalam, tindakannya itu kerana dia dan teman lelakinya tak mampu untuk berkahwin akibat masalah kewangan.
Sebelum tu, baca disclaimer dulu.
Secara logiknya, takkanlah teman lelaki saya haus sangat sampai kena jugak masuk rumah saya pukul 3 pagi. Lagipun, 7 Eleven kan ada. Tapi saya ajak jugak, mana tahu JAIS datang tangkap kami. Dah bertahun jugaklah teman lelaki saya datang minum air pukul tiga pagi. Hari ini kami bernasib baik, memang JAIS datang. Jadi dah alang-alang tu, saya ajaklah JAIS minum-minum sekali. Serba-salah pulak mereka.
Saya tak mampu berkahwin di Carcosa Seri Negara macam Che Ta.. Jadi, ini saja cara kami.
Artis yang dirahsiakan namanya ini kerap kali berlakon sebagai pelakon tambahan filem Razak Maidin. Dia sangat meminati dunia lakonan kerana inginkan populariti dan kaya dengan segera. Namun nasib tidak menyebelahinya kerana bukan saja dapat gaji ciput, malahan watak yang diberikan (kebanyakannya watak wanita sedang melintas jalan bersama anak kecil) juga tidak setimpal dengan bakat yang ada padanya.
Sementara itu, seorang pelakon sendu yang lain, Puteri Mardiana juga turut ditangkap khalwat baru-baru ini. Modus operandi yang sama, Puteri Mardiana dan teman lelakinya Shahrizam Abdullah memilih pukul 3 pagi untuk minum-minum di kediaman pelakon ini, sebelum ditangkap oleh JAIS.AWAK BERLAKON CERITA APA? TAK PERNAH NAMPAK PUN?
Putri Mardiana turut memaklumkan yang dirinya memang sudah merancang untuk berkahwin dengan Ejump yang merupakan suami orang. Untuk makluman, Putri Mardiana sering menemani Ejump menghadiri prosiding kes penceraiannya. Hari ini, kes tersebut telah selesai dan Ejump sudah melafazkan cerai terhadap isterinya. Susulan itu, Putri Mardiana dan Ejump merancang untuk berkahwin tahun hadapan.
Putri Mardiana mendakwa, semasa kejadian, dia dan Ejump tidak berbuat apa-apa selain dari minum kerana teman lelakinya haus. Sebagai tuan rumah yang berbudi bahasa, Putri Mardiana tidak lupa menjemput JAIS untuk minum bersama-sama.
Namun apa yang lebih memanaskan keadaan, seorang lelaki mengaku bekas teman lelaki Putri Mardiana telah membuat komentar di laman Facebook Astro Gempak.
Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini
Popular Posts
-
Satu kemalangan maut telah berlaku di daerah Kuala Lipis pada 6 Ogos lalu apabila sebuah bas dilaporkan telah bertembung dengan sebuah kere...
-
BUKAN sekali dua kita mendengar kes kecederaan akibat tindakan duduk mencangkung di atas mangkuk tandas jenis duduk. Dalam kejadian yang ber...
-
Sejak lagu baru Joe Fizlow ke udara, Malique Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Malique2Phat dilihat seperti membalas balik bait-bait lirik...
-
Land Diving (Nagol atau N'gol) adalah upacara khas yang kelihatan seperti bungee jumping yang dilakukan oleh suku di selatan Pentakost...
-
Dah heboh dilaman sosial sekarang kisah Sarimah Ibrahim sekarang sedang buat persiapan kahwin yang akan berlangsung di Bali, Indonesia pada ...
-
1) Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia terletak di kota suci Makkah dan be...
-
Ramai yang sedia maklum yang filem adaptasi novel Pilot Cafe kini sedang rancak dalam penggambaran dan bakal habis tidak lama lagi. Pulau ...
-
Shila Amzah nampaknya sempat mengambil cuti dan pulang ke Malaysia sempena Aidil Fitri 1435H yang lalu walaupun jadual beliau dilihat agak p...
-
Sekarang ini, apa yang tak puas hati semuanya diadukan di laman siber terutama bila melibatkan hak kepenggunaan. Dari satu sudut, bagus juga...
-
Seronok tengok mereka. Senyuman sentiasa terukir. Kebahagiaan yang dicari sudah pun ditemui. Lagi seronok bila tengok mereka sangat gembira ...
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

0 Komentar untuk "RAKAMAN PENUH VIDEO ARTIS KANTOI SEDANG BERSEDAP DI HOTEL TERSEBAR"