Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy yang ditahan polis di Pagoh dekat sini kelmarin disiasat kerana dipercayai terbabit dengan rangkaian sindiket dadah yang mahu memindahkan makmal syabu mereka di Kuala Lumpur ke daerah ini.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ini berdasarkan penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu yang biasanya digunakan sindiket terbabit untuk memproses syabu.
Azman turut memberitahu, Benjy, 37, yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Kita percaya mereka baru sahaja berpindah dari sebuah kawasan di MidValley, Kuala Lumpur ke daerah ini.
Jika dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baharu untuk syabu ini mampu memproses dadah sehingga 5 kilogram (kg) pada satu masa”
“Kita juga menemui dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg. Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini semalam.
Anak lelaki tunggal kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pukul 1.40 pagi kelmarin.
Sumber 1
Sumber 2
Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini
Popular Posts
-
Ternyata adik Neelofa sangatlah cantik dan turut menjadi perhatian ramai lelaki budiman di luar sana.
-
Selepas anda membaca kisah ini, anda bakal tergamam dan terkejut bagaimana 'beraninya' negara kita ini tanpa kita sedari. "Tiad...
-
Kebahagiaan dikecapi pelakon, Zizie Ezette sejak bergelar isteri kepada ahli parlimen Kinabatangan, Dato’ Bung Mokhtar terserlah menerusi g...
-
Kuala Lumpur: Dulu wanita ini dan pasangannya dibiar merempat bawah jejambat di tepi Sungai Klang, di sini, namun selepas kelahiran bayi su...
-
KUANTAN – Seorang pemuda semalam mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih...
-
KULIM - Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan, namun bagaimana jika punca ...
-
Mungkin tak ramai yang kenal dengan Alda, atau nama penuhnya Alda Risma Elfariani.Beliau adalah penyanyi dari Indonesia yang pernah popular ...
-
Meskipun dikatakan kahwin lari di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan Ashraf Muslim, 32 dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ah...
-
Walaupun sudah beberapa bulan berlalu namun kisah mengenai gambar intim model bertaraf antarabangsa, Nasha Aziz, 42, bersama seorang jejak...
-
Di usia semuda 19 tahun, pelakon Elfira Loy sudah pun mampu untuk membeli rumah sendiri. Ternyata Elfira merupakan salah seorang artis ...
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

0 Komentar untuk "Simpati..Wajah Saat-Saat Akhir Benjy Jika Beliau ke Tali Gantung"