Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Gempar !! Artis bercerai masih tiduri bekas isteri.

Bukan semua perceraian itu membawa musibah. Ada yang lebih bahagia selepas bercerai-berai kerana bukan saja bekas suami memberi nafkah kepada anak-anak malah bekas isteri pun dapat sama. Pokoknya tiada apa yang berubah, cuma terputusnya hubungan sebagai suami isteri.

Bagaimanapun dalam banyak kes perceraian, kes perceraian artis yang satu ini SS anggap paling menarik.

Jika orang lain turun naik mahkamah nak minta nafkah daripada bekas suami tetapi artis ini tidak perlu buat begitu kerana khabarnya sejak hari pertama mereka bercerai, sampailah sekarang bekas suami terus menyara hidupnya.



Patutlah artis ini tidak begitu mengharapkan tawaran dalam bidang seni kerana segalanya serba mencukupi. Pernah juga SS bertanya kepada artis itu kalau begitu caranya, maknanya kasih sayang mereka masih mendalam lalu kenapa perlu sampai bercerai. Jawapannya kerana artis itu tidak mahu menyakiti hari pihak lain.

Siapakah pihak itu, biarlah SS rahsiakan dulu. Maknanya artis itu sanggup berkorban demi menyenangkan hati orang lain. Murni sungguh hati artis itu kerana sanggup membiarkan hatinya terluka demi kebahagiaan insan lain.

Namun apa yang menggemparkan, SS difahamkan yang artis itu juga membalas keluhuran budi bekas suaminya itu dengan masih lagi memberi nafkah batin kepada lelaki itu.

Apabila tiba soal zahir dan batin ini, SS tak mahulah memanjangkan cerita kerana bab dosa pahala sendiri mahu ingat. Oklah...kerana kita masih lagi berada dalam bulan Syawal, sekiranya apa yang SS sampaikan ini tidak benar, SS mohon ampun dan maaf. Jika benar, SS harap artis itu segeralah bermuhasabah diri. 

Soseh Soseh @ Harian Metro
4 Komentar untuk "Gempar !! Artis bercerai masih tiduri bekas isteri."

bercerai tinggal serumah ok leh terima.. tp apa bukti deme bersama dikatil.. pandai je...

semua hanya Allah yg tahu..xbaik ckp tanpa bukti..

Dah tu sapa dia artis tu? Bodo laa gambar pun nak main2 blurry plk...siot jer!!!

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info