Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Peniaga ‘Sengal’ Jual Baju Tertera Kalimah Suci Islam


Minggu lepas, tindakan seorang wanita Cina memakai baju tertulis ayat suci al-Quran giat dikongsikan di laman sosial.

Perbuatan itu dianggap menghina Islam memandangkan kalimah tersebut sepatutnya dibaca dan diletakkan di tempat bersih serta suci dan bukan pada pakaian.

Bagaimanapun hasil siasatan PDRM, wanita tersebut tidak mengetahui perbuatan itu menyinggung sensitiviti agama kerana dia baru tiba dari Korea dan baju itu pula dibeli di negara luar.

Tup-tup, masih ada peniaga yang jahil dengan isu ini rupa-rupanya apabila sebuah pasar raya besar didapati menjual pakaian dan t-shirt bercetak kalimah Allah dan tulisan khat yang dibimbangi adalah ayat suci.

Pada pendapat kami macam tulisan khat pada kaftan di bawah, pemeriksaan oleh mereka yang arif perlu dibuat untuk memastikan ia bukanlah ayat suci al-Quran.

Namun bagi perbuatan menjual baju dengan kalimah Allah dicetak padanya, semua pihak di negaraini sepatutnya sudah maklum bahawa kalimah itu terlalu agung untuk diletakkan pada pakaian yang terdedah pada kekotoran dan boleh menimbulkan isu dalam masyarakat.

Semoga semua pihak lebih sensitif selepas ini agar keharmonian dalam masyarakat berbilang agama di negara ini terus terpelihara. 
sumber- MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Peniaga ‘Sengal’ Jual Baju Tertera Kalimah Suci Islam"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info