Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Pemandu Berhenti Di Bahu Jalan Untuk Bertafakur Seminit…


BIARPUN ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan rasionalnya bertafakur selama seminit sempena Hari Berkabung untuk mangsa MH17, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang menghormati saranan itu.

Menerusi gambar yang dikongsikan di laman sosial, ramai pemandu di lebuhraya memasang lampu kecemasan dan menghentikan kenderaan mereka di bahu jalan selama seminit ketika detik bertafakur diumumkan di corong radio.

Pada masa itu, mereka boleh memberikan penghormatan kepada mangsa MH17 mengikut cara dan agama masing-masing.

Bagi umat Islam, pastinya cara paling mudah ialah dengan menyedekahkan Al-Fatihah kepada jenazah.

Senang cerita, ia bukanlah sesuatu yang amat rumit sehingga perlu dipertikaikan…



sumber:MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Pemandu Berhenti Di Bahu Jalan Untuk Bertafakur Seminit…"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info