Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Bukan isu besar, Hanez Suraya jawab isu setsi di pulau

BARU-BARU ini, pelakon yang semakin menyerlah, Hanez Suraya, tampil berkongsi gambar kenangannya bersama peminat ketika bercuti di Pulau Redang.

Namun, tindakannya itu mengundang kontroversi baru apabila beberapa peminat dan pengikut di laman mikro Twitternya, mengkritik cara pemakaian Hanez.

Menerusi gambar berkenaan, Hanez, 28, hanya mengenakan seluar sendat rona biru gelap dan baju T tanpa lengan untuk aktiviti snorkeling.

Tidak senang dengan kritikan yang diterima, Hanez turut membalas kenyataan itu dengan dana yang keras dan berbaur sindiran.


Ketika dihubungi Zass, Hanez turut mengecam tindakan segelintir masyarakat yang sengaja mencari kesalahan, walhal perkara itu bukanlah isu besar.

"Saya rasa, tak ada seksi pun pakaian saya, hanya biasa-biasa saja. Saya sendiri tak faham apa masalah mereka sehingga mengkritik saya sedemikian rupa. Niat saya hanya nak berkongsi kegembiraan bersama peminat.

"Pun begitu, saya malas nak layan karenah mereka kerana semakin dilayan, makin menjadi-jadi. Lagipun, saya pakai seperti itu untuk aktiviti di laut.

"Saya rasa, lebih elok sekiranya mereka tidak mengeluarkan sebarang komen atau pandangan berbaur negatif. Tak payah nak komen lebih-lebih macam diri terlalu baik," kata pelakon utama drama bersiri Akasia, Sedetik Cinta, ini.

Tak gugat kerjaya

Nama Hanez Suraya sememangnya sudah lali dengan pelbagai gosip dan kontroversi di sepanjang penglibatannya dalam industri hampir 10 tahun.
Walaupun hasrat hatinya mahu mengelak daripada kontroversi yang mendatang, namun Hanez sekali lagi diduga.

Tidak cepat melatah dan menganggap perkara itu hanyalah isu picisan, Hanez berkata, kontroversi ini tidak mengganggu perjalanan seninya.

"Perkara ini langsung tidak menggugat karier seni saya. Alhamdulillah, ianya berjalan dengan lancar. Saya anggap perkara ini sebagai angin lalu sahaja.

"Keutamaan saya buat masa ini ialah kerjaya. Saya tidak mahu toleh ke belakang lagi dengan mensia-siakan peluang yang ada.

"Jika tahun-tahun sebelumnya saya lebih dikenali ekoran kontroversi, namun kini saya tidak mahu lagi peminat memandang saya dari segi itu. Nilai saya menerusi bakat dan lakonan," kata kekasih hati, Awi Rafael ini.

Enggan jaja kisah peribadi

Semakin menyinar dengan lakonan yang mantap, Hanez juga sering menjadi perhatian di kalangan media ekoran  hubungan cintanya bersama pelantun lagu, Asalkan Aku Ok.
Menurut Hanez, walaupun hubungan cintanya bukan lagi rahsia, baik di kalangan media mahupun peminat, namun ia bukanlah tiket untuknya menjaja kisah peribadi.

"Saya tidak suka menggembar-gemburkan kisah peribadi. Memang saya suka berkongsi banyak perkara dengan peminat, namun bukan 100 peratus.

"Saya tidak mahu kisah cinta lebih mendapat perhatian berbanding karier kerana bukan semua yang suka mendengar kisah peribadi kita.

"Bagi saya, biarlah soal kerjaya dan cinta berada di tahap yang seimbang, itu lagi baik," katanya yang turut dilantik sebagai duta produk kecantikan, Aura White.
-Sinar Harian Online
0 Komentar untuk "Bukan isu besar, Hanez Suraya jawab isu setsi di pulau"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info