Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Kronologi "Perang" Afiq Muiz, Eina Azman dan Umi Afiq Muiz

Kecoh satu Malaysia bila ibu kepada Afiq Muiz keluarkan kenyataan kat akhbar yang Afiq Muiz anak derhaka! Kenapa? Afiq Muiz dikatakan keluar rumah, panas baran dengan adik beradik, dan telah buang kelurganya. Afiq Muiz juga dikatakan berubah sikap sejak mengenali pelakon Eina Azman.



Kemudian, Afiq Muiz tampil memberi kenyataan. Dia mengatakan bahawa dia tak pernah keluar rumah, sebaliknya dihalau oleh ibu sendiri. Dia juga mendakwa keluarganya tidak pernah bertanyakan kesihatannya, tidak menghargai pengorbanannya, hanya mengharapkan duitnya dan pernah dipukul oleh abang.


Ibu Afiq Muiz

Ibu Afiq Muiz sekali lagi tampil memberi kenyataan bahawa beliau tidak pernah menghalau Afiq Muiz, sebaliknya dia memilih untuk keluar rumah selepas menyatakan bahawa dia tidak selesa berada di rumah keluarga mereka yang kecil. Beliau turut mengatakan bahawa beliau tidak pernah meminta duit daripada Afiq Muiz.

Eina Azman turut terheret dalam kes "perang" ini. Eina Azman dikatakan mengikis duit dan bersekedudukan dengan Afiq Muiz. Lebih teruk, Eina Azman dikatakan telah buat "guna-guna" kepada Afiq Muiz. 

Eina Azman, Eina Azman Bertudung

Namun, Eina Azman menepis segala tuduhan dengan mengatakan bahawa ibu Afiq Muiz yang terlebih dahulu telah menghantar SMS ugutan kepada Eina Azman. Adik beradik Afiq Muiz juga dikatakan telah mengutuk Eina Azman di laman sosial. 

Fuh! Hebat betul sekarang. Nak gaduh anak beranak pun guna media. Nak buat kenyataan guna orang tengah iaitu media. Eh, emak Afiq Muiz dan Afiq Muiz ni tak ada nombor telefon masing2 ke? Tak tahu alamat nak balik ke bincang kat rumah? Maaflah, bagi aku sangat, amat, terlalu memalukan guna media untuk bincang pasal hal dalam kain keluarga.

Apa-apa pun aku sangat berharap supaya Afiq Muiz balik kepada pangkuan keluarga dan bincang secara baik. Ingat, kau sebagai anak perlu ingat tanggungjawab kau sebagai anak. Biarlah ibu kau nak minta duit sekalipun, dia yang lahirkan dan besarkan kau. Kau dia tak ada, kau tak kan lahir kat bumi dan siapakah Afiq Muiz?

Di kongsi Dari
0 Komentar untuk "Kronologi "Perang" Afiq Muiz, Eina Azman dan Umi Afiq Muiz"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info