Menerusi sidang media khas yang diadakan di kediaman nenek saudara Afiq di Keramat semalam, Jalal berkata, seluruh keluarga di sebelah bapa Afiq, Azman Shah Kadir Ibrahim Shah, berharap tiada lagi adegan ‘serang menyerang’ menerusi media mahu pun laman sosial daripada mana-mana pihak.
“Saya juga berharap bapa Afiq dapat membantu dan memainkan peranan untuk menyelesaikan hal keluarga ini, tanpa diketahui oleh orang luar,” ujarnya.
Jalal berkata, sekiranya masalah ini masih menemui jalan buntu, dia berharap pihak persatuan artis seperti Persatuan Seniman Malaysia untuk turut membantu.
“Kalau masih juga tiada jalan damai, kita harap persatuan dapat membantu, kerana ia bukan melibatkan hal keluarga sahaja, tetapi juga soal periuk nasi Afiq yang turut terjejas,” jelasnya.
Harapan Afiq
Dalam pada itu, Afiq memohon agar ibunya dapat menarik balik kenyataan yang dibuat sebelum ini dan dia juga sedia untuk memohon maaf.
Afiq berkata, sejak peristiwa ini berlaku, dia menerima tamparan dan cemuhan dari masyarakat. Selain itu, tawaran lakonan mula terjejas.
“Saya buat semua ini bukan kerana tawaran terjejas, tetapi pandangan orang terhadap saya.
“Jika Umi (ibu) sedia untuk berdamai, saya juga begitu,” ujarnya yang masih kelihatan bersedih atas masalah yang dihadapinya kini. -Sinar Harian Online
1 Komentar untuk "Tarik kenyataan 'Anak Derhaka', Afiq sedia mohon maaf"
Ibu tetap ibu..