Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Adira bertunang dengan Shahrul?

Selamat berpuasa Sha ucapkan kepada semua umat Islam yang setia mengikuti ruangan ini. Baru-baru ini Sha dengar Adira rapat dengan seorang usahawan muda. Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, jejaka bertuah itu dikenali sebagai Shahrul.
Beberapa hari lalu, peminat setia Adira menghubungi Sha bagi mendapatkan kepastian betulkah Adira akan bertunang dengan jejaka bernama Shahrul. 
Katanya, gambar pasangan ini dimuat naik di Instagram pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail. Foto di mana mereka dalam proses perbincangan dan mengukur badan. 

Ezuwan pun tulis status dia baru selesai berbincang dengan Adira dan shahrul persediaan untuk...? Ezuwan turut mengucapkan terima kasih kepada pasangan itu kerana memilihnya.

Kata pemanggil itu lagi, dalam instagram Adira pun ada gambar mereka menghadiri majlis resepsi dan memakai baju rona biru sedondon persis pasangan kekasih.

Sha tak pasti sejauh mana hubungan Adira dan Shahrul tetapi menurut satu sumber, mereka memang rapat dan ada ura-ura mahu ke fasa lebih serius. 

Tidak mahu menghampakan peminat Adira, Sha menghubungi Ezuwan bagi mendapatkan kepastian. Kata Ezuwan, Adira dan Shahrul memang datang ke butiknya dan menempah tiga persalinan sedondon. Bagaimanapun, itu bukan baju pertunangan, sebaliknya untuk digayakan pada hari raya. 

Kebetulan pula Adira akan beraya bersama keluarga Shahrul di Kelantan dan pada hari raya kedua mereka akan hadir ke majlis perkahwinan Ezuwan dan khabarnya, Adira akan pulang beraya bersama keluarganya di Sabah pada hari raya ketiga. 

Harap penjelasan ini memuaskan hati peminat Adira. Kalau benar Adira dan Shahrul kini bercinta, apa salahnya. Tak gitu? Lagipun Shahrul datang daripada keluarga baik-baik dan bekerjaya. Bukan itu saja, Sha dapat tahu Shahrul juga aktif berpolitik. 

Sempena bulan baik ini, doa Sha semoga Adira terus sukses dan cepat disunting orang.
-Hmetro
0 Komentar untuk "Adira bertunang dengan Shahrul?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info