Bekas pelajar AF seloroh mahu merisik rakan seperjuangan pada Aidilfitri ini
Sehingga ke hari ini status hubungan dua bekas pelajar Akademi Fantasia (AF), Akim Ahmad dan Stacy Angie, masih menjadi tanda tanya. Biarpun hangat dikatakan bercinta sejak beberapa tahun lalu, namun dua penyanyi ini tidak pernah mengesahkan perkara itu.
Sikap mereka yang suka berselindung mula menimbulkan rasa kurang senang di hati peminat sehingga ada yang menggelarkan Akim dan Stacy hipokrit dan penipu.
Apakan tidak, dalam rancak menafikan gosip yang bertiup kencang, pasangan ini dilihat ligat memuat naik gambar mesra mereka bersama anak angkat penyanyi wanita itu, Bella Deluna Valentina, di Instagram.
Baru-baru ini, seorang wanita yang mendakwa dirinya peminat Stacy menghantar kiriman e-mel kepada wartawan B*Pop, mendedahkan mengenai keakraban pasangan itu. Dia mendakwa Akim dan Stacy sudah saling mengunjungi keluarga masing-masing dan hubungan mereka mendapat restu keluarga.
Diajukan pertanyaan berhubung perkara itu kepada Akim, yang ditemui pada majlis pelancaran drama Kampung Girl untuk slot Zehra di TV3, anak muda dari Johor itu tidak menafikan hubungan akrabnya dengan keluarga Stacy. Malah, dia turut berseloroh berkemungkinan akan melamar gadis itu pada Aidilfitri nanti.
“Memang saya pernah berkunjung ke rumah keluarga Stacy di Sabah, manakala pada Hari Raya tahun lalu Stacy meluangkan masa menziarah keluarga saya di Johor. Insya-Allah jika tiada aral melintang mungkin kami akan beraya bersama tahun ini. Mana tahu kunjungan kali ini menjadi acara merisik pula?” kata Akim berseloroh.
Keakraban dipertikai
Mungkin menyedari kata-katanya boleh menimbulkan spekulasi, segera Akim membetulkan kembali kenyataannya dengan mengatakan, hubungan dengan Stacy tidak lebih daripada seorang kawan.
Kata Akim lagi, mungkin kerana mereka berlainan jantina, masyarakat begitu mudah menelah dia dan Stacy mempunyai hubungan istimewa.
“Saya juga rapat dengan Hafiz, tetapi orang tidak heboh pula sebab kami sama jantina. Tapi disebabkan Stacy perempuan, jadi keakraban kami dipertikaikan.
“Saya mengaku senang berkawan dengannya, malah hubungan dengan keluarganya juga baik. Saya suka dengan keluarga Stacy kerana mereka melayan saya dengan baik. Begitu juga saya suka dengan budaya masyarakat Sabah.
“Keluarga saya juga tiada masalah dengan Stacy. Seandainya ditakdirkan ada jodoh antara kami, saya tidak menolak kerana soal jodoh pertemuan, ajal maut bukan kuasa kita,” kata Akim yang bergandingan dengan Nad Zainal dalam drama arahan Heykal Hanifah itu.
Jadi pengacara pula
Berbicara mengenai dunia seni seni pula, Akim akui kerjayanya tidak begitu menyerlah jika dibandingkan sebelum ini.
Dia yang baru saja muncul dengan lagu berjudul Menunggu berkata, peluang berlakon di dalam Kampung Girl untuk siaran waktu perdana mungkin dapat menyerlahkan kembali namanya dalam industri.
Selain itu, Akim turut menceburi bidang pengacaraan demi mengembangkan lagi kerjaya seninya. Dia diberikan tugas mengendalikan program realiti Mencari Ramli, juga siaran TV3.
-Bharian

0 Komentar untuk "Akim nak lamar Stacy?"