Penyanyi Patah Seribu hairan nama dikaitkan kisah putus cinta Awi Rafael, Hanez Suraya
Shila Amzah, 23, terkilan apabila namanya diheret ke dalam kancah perpisahan antara Awi Rafail dan Hanez Suraya. Shila juga menafikan antara dirinya dan Awi pernah terjalin hubungan istimewa.
Luah Shila, penyebaran gosip tidak berasas itu bukan hanya meruncingkan lagi situasi, malah boleh mencetuskan prasangka buruk orang ramai.
“Saya dan Awi hanya berkawan, tidak lebih daripada itu. Kami mula kenal kira-kira dua tahun lalu ketika saya mencari teman duet. Kebetulan dia juga menghasilkan lagu sendiri. Kami mempunyai minat sama lalu selesa bertukar pendapat terutama mengenai penciptaan lagu.
“Cuma untuk fasa selanjutnya, jujur saya katakan kami tidak serasi. Jadi, tiada isu kami pernah bercinta. Malah, kisah saya dan dia ditimbulkan pada waktu yang tidak sesuai. Saya kasihan kepada Hanez. Bagi yang tidak tahu, mungkin akan percaya," katanya selepas majlis pra dengar album barunya yang berjudul Shila Amzah.
Berlangsung di Redbox Plus Pavilion, empunya nama Nur Shahila Amir Amzah yang berkelana ke Shanghai, China selepas bernaung di bawah Shanghai Media Group (SMG), nyata semakin terbuka berbicara mengenai apa saja termasuk soal hati.
Walaupun ketika sidang media, ayahnya, ND Lala seakan memberi lampu hijau andai dia ingin berteman selagi tidak tergelincir daripada agama dan adat serta komitmen bersama SMG, Shila menyerahkan soal jodoh kepada keluarga.
Bukan berjauh hati, sebaliknya sambil tersenyum, anak sulung daripada empat bersaudara itu yakin andai tiba masanya dia tidak mampu menolak jodoh, tidak bermakna segala-galanya ditentukan keluarga kerana dia tetap ada suara.
“Memang saya secara seloroh pernah memaklumkan kepada ibu untuk mencarikan jodoh. Tetapi kalau saya bertemu dengan lelaki pilihan, saya akan ketemukan dulu dengan keluarga. Saya pastikan dia menghormati orang tua saya serta dapat membimbing ke arah kebaikan. Apapun, ia bukan sekarang,” katanya.
Semakin petah, dia juga melihat peristiwa lalu sebagai pengajaran. Namun, akuinya, jangan terkejut andai kematangan hidup mengubahnya menjadi individu lebih lantang terutama membabitkan kepentingan diri serta keluarga.
“Setiap orang merasai pengalaman suka duka yang menjadikan diri semakin kental. Dulu saya berhati-hati dalam setiap kenyataan. Namun, biarpun bersikap jujur serta memohon maaf dia atas kejadian yang berlaku, orang tetap melemparkan pandangan negatif.
“Jangan salahkan saya kalau sekarang saya lebih vokal. Ini kerana tiba masanya saya menjaga perasaan sendiri. Saya sudah penat menjelaskan segala perkara. Mujur peminat faham dan meminta saya memandang ke hadapan,” katanya yang menerbitkan sendiri album barunya itu melalui syarikatnya, Shila Amzah Entertainment (SAE).
Album suka duka perjalanan seni
Sementara itu, album Shila memuatkan lima lagu nukilan sendiri iaitu Sedar, Masih Aku Cinta, Cinta Hati, Tulus dan Maaf yang memaparkan pengalaman lalu termasuk perjalanan cintanya.
"Lima lagu yang saya kongsi lebih kepada penceritaan. Saya kategorikan diri sebagai penyanyi country kerana album ini saya lakarkan sebagai kanvas hidup. Ada pengalaman sendiri, tidak kurang suka duka insan terdekat termasuk memori jatuh hati pada zaman persekolahan.
“Ia tidak menjurus kepada seorang individu saja. Bagi saya, jika ada yang mengaitkan album ini dengan orang tertentu, itu semua saya sudah berulang kali ulas.
“Album ini adalah penceritaan saya tidak kira pahit atau manis. Ia luahan hati ketika itu, bukan sekarang,” ulasnya bermakna.
Mengenai album, Shila yang bakal ke Shanghai semula pada hari kedua Ramadan, puas apabila album Melayunya ini disempurnakan 100 peratus oleh dirinya sendiri dengan Helen Yap serta Aubrey Suwito.
-Bharian

0 Komentar untuk "Shila Amzah terkilan"