Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Lisa Surihani bakal bintangi filem terbaharu arahan Yusry



KUALA LUMPUR 2 Julai - Aktres Lisa Surihani Mohamed, 27, bakal berlakon filem terbitan KRU Studios, arahan suaminya, Yusry Abdul Halim, 40, selepas Aidilfitri ini.

Lisa yang enggan mendedahkan genre filem tersebut berkata, dia tertarik untuk berlakon filem berkenaan kerana kagum dengan hasil kerja Yusry menerusi filem Vikingdom sebelum ini.

"Sudah lama saya berhasrat untuk berlakon di bawah arahan Yusry dan ternyata peluang itu ada. Walaupun saya ini isterinya, seperti pelakon lain saya juga menjalani uji bakat sebelum diterima.

"Saya tidak boleh bercerita lanjut tentangio genre filem itu kerana akan ada sidang akhbar nanti. Apa yang saya boleh beritahu, watak yang saya bawa itu berbeza dengan apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini," katanya.

Pelakon yang merupakan duta jenama Garnier ketika ditemui pada majlis ramah mesra di Bangsar di sini hari ini, berkata, sebelum ini dia pernah bergandingan dengan Yusry dalam filem Ular, arahan Jason Chong.
Menurut Lisa, dia tidak akan menghadapi masalah apabila berlakon di bawah arahan Yusry kerana dalam karier mereka sering bersikap profesional.

"Watak itu berbeza dan sebab itu saya terima. Buat masa sekarang saya amat selektif tentang watak. Saya perlu berbuat demikian agar penampilan saya dalam bidang lakonan memberi impak kepada penonton,’’ katanya.

-Utusan


0 Komentar untuk "Lisa Surihani bakal bintangi filem terbaharu arahan Yusry"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info