Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Maut ditembak tengah berbual

BUTTERWORTH: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas ditembak dari jarak dekat oleh lelaki yang menaiki motosikal di Bagan Dalam, di sini, malam tadi.
M Ravindran, 19, yang parah selepas ditembak tiga das di rusuk kiri, mati ketika tiba di Hospital Seberang Jaya.
Dua lagi yang cedera, S Leenesh, 18, dan A Sukumar, 52, dikejarkan ke
hospital sama oleh orang ramai.
Foto
Ketua Polis Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahmah Ibrahim, berkata kejadian ketika ketiga-tiganya sedang berbual bawah jejambat pada kejadian kira-kira 10 malam.
Menurutnya, tiba-tiba muncul sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menghampiri mereka dan seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arah mereka.

Beliau berkata, lelaki bersejata itu melepaskan sekurang-kurangnya enam das
tembakan memandangkan siasatan awal polis di tempat kejadian menemui enam
kelongsong peluru.

"Polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan siasatan awal mendapati
dua lelaki terbabit menaiki motosikal Yamaha LC berwarna hitam," katanya
pada sidang media, di sini, hari ini.
-Hmetro
0 Komentar untuk "Maut ditembak tengah berbual"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info