Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Peserta Islam nekad tanding ratu cantik

Peserta Islam nekad tanding ratu cantikWafa Johanna De Korte (kiri) dan Amelia Bernard.
4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan

Kuala Lumpur: Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandi-ngan ratu cantik. 

“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam. 


Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.

Mahu wakili Melayu

“Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia. 

“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya. 
Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik.

- Bharian
6 Komentar untuk "Peserta Islam nekad tanding ratu cantik"

sah2 da MELAYU, islam, itu pun x boleh lagi nak pikir, MASHAALLAH,

Salah satu cara kafir nak menjahanamkan melayu islam.. Dunia akhir zaman.. Nauzubillah. Mintak dijauhkan dari keturunan kami..

dh tau diri tu Islam, x yah lah masok!! degil!! org mcm nie lyk sumbat aja dlm sangkar

Patut la nk masuk sgt... mix-blood.. nama jer mcm islam, tp fikiran "open"... ajaran n pemahaman ttg islam n aurat wanita islam x paham betul2....

Kafir..kafir..sikit2 sebut agama salahkan bangsa agama org lain...dah empunya badan yg nak..ada kafir paksa dia? Ada kafir merayu kat mak bapak dia suruh ikut? Cakap tu pandang2 jgn main sebut jer makcik pakcik oi.. Dah itu kemahuan dia nak buat mcm mana samalah mcm artis knp tak diharamkan artis islam yg seksi... Siapa seksi tak boleh jadi artis..

banyak lagi cara nak buat islam dan melayu bangga. masuk tilawah al-quran ke, benda yang mendatangkan faedah dan pahal taknak pulak. setakat model, pakai baju ketat2 tayang aset. lepas tu nak jual nama islam. apebenda tu?

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info