Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Tiga Posmen Didakwa Buang Surat Boleh Dihadapkan Ke Mahkamah

Ahmad Shabery Cheek.
PETALING JAYA: Tindakan undang-undang kemungkinan besar akan diambil terhadap tiga posmen yang didakwa membuang beribu-ribu surat yang tidak dihantar di Ampang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Menyifatkan insiden itu sebagai "tidak boleh diterima", katanya, Pos Malaysia Bhd perlu melaksanakan tindakan yang melangkaui daripada tindakan tatatertib terhadap pesalah-pesalah.
"Tindakan tidak akan hanya membuatkan mereka kehilangan kerja.
"Ia perlu dari sudut pandangan undang-undang kerana ini adalah pecah amanah terhadap keyakinan orang ramai," katanya dalam satu temu bual menerusi panggilan telefon.
Pada Ahad, The Star melaporkan bahawa beribu-ribu surat yang tidak dihantar ditemui dalam gaung oleh penduduk di Ukay Heights, Ampang pada Sabtu.
Surat-surat, termasuk cek, penyata bank dan bil-bil, kemudiannya diambil oleh kakitangan Pos Malaysia.
Shabery juga berkata, beliau akan bertemu dengan pegawai Pos Malaysia pada minggu depan selepas pilihan raya kecil Kuala Besut.
Beliau diberitahu mengenai kejadian itu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Iskandar Mizal Mahmood.
"Kami mahu tahu sama ada ini adalah kecuaian atau sama ada kerana tingkah laku atau personaliti (masalah)," katanya.
Ketiga-tiga posmen terbabit bertanggungjawab terhadap lambakan mel itu telah dikenal pasti dan dipecat.
Mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 30 Akta Perkhidmatan Pos 1991, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda sehingga RM4,000.
-mStar
2 Komentar untuk "Tiga Posmen Didakwa Buang Surat Boleh Dihadapkan Ke Mahkamah "

Dato Lakukan yang terbaik, jangan kerana nila tiga titik rosak susu dalam simpanan?

tk patut2 gaji ambik ,bonus pon abik amanah org dibuang2 snguh kurang sopan ,, harus di denda....sikap tk brtangong jawab brani uat brani tangong risiko....sory too say..

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info