Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Siti Nurhaliza "haramkan" suami tunggang motosikal

SITI Nurhaliza Taruddin dikerumuni para peminat pada majlis berbuka puasa Bikerz bersama anak-anak yatim di padang awam Kubang Gajah, Temerloh, Pahang semalam. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD

TEMERLOH 22 Julai - Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui fobia dan tidak mengizinkan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa menunggang motosikal bagi mengelak berulangnya kemalangan di New Zealand tahun lalu.

Katanya, sebagai isteri, dia menyayangi suaminya dan tidak mahu Khalid atau dikenali sebagai Datuk K menunggang motosikal tersebut bagi mengelak pisang berbuah dua kali.

Apatah lagi, tambahnya, Datuk K juga masih trauma dengan kejadian itu walaupun sudah berlaku kira-kira tujuh bulan lalu.

"Berikutan kejadian itu, beberapa motosikal berkuasa tinggi dimiliki suami diberikan kepada saudara-mara terdekat yang membuktikan dia masih fobia menggunakan kenderaan tersebut.

"Walau bagaimanapun, program bersama persatuan motosikal berkuasa tinggi tetap saya akan sertai terutama membabitkan perhimpunan besar atau aktiviti kebajikan," katanya.

Siti Nurhaliza ditemui pemberita dalam majlis berbuka puasa kumpulan Bikerz bersama 360 anak-anak yatim di padang Kubang Gajah di sini semalam. 

-Utusan
0 Komentar untuk "Siti Nurhaliza "haramkan" suami tunggang motosikal"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info