Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Wan Sakinah Enggan Ulas Lanjut Isu Jadi Isteri Kedua Ashraf Muslim


Segala persoalan sebelum ini tentang niat Ashraf Muslim untuk berpoligami telah terjawab apabila beliau sendiri membuat pengakuan di mahkamah yang beliau sudah bernikah di Thailand.
Identiti isteri kedua Ashraf Muslim juga sudah di’ketahui ramai dan Wan Sakinah Ahmad Saburi yang berusia 29 tahun ini kini dalam perhatian para peminat selepas pengakuan Ashraf Muslim di mahkamah.
Wan Sakinah yang di’hubungi Berita Harian semalam bagaimana pun tidak dapat memberikan komen lanjut akan kontroversi pernikahan beliau dan Ashraf Muslim yang di’khabarkan berlangsung di Bangkok.
“Harap faham, saya tak boleh cakap apa apa pun. Minta maaf ya,” jawab Wan Sakinah tenang dan turut memberi jawapan sama ketika di’tanya kenapa tidak menemani Ashraf Muslim ke mahkamah semalam.
Dalam laporan yang sama, Ashraf Muslim khabarnya ada membawa isteri pertama Noor Dayana & Wan Sakinah ke tapak perniagaan beliau yang di’buka di bazar Ramadan secara berasingan sebelum ini.
-Rotikaya
0 Komentar untuk "Wan Sakinah Enggan Ulas Lanjut Isu Jadi Isteri Kedua Ashraf Muslim"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info