Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Akhbar Rusia Tak Anggap Nahas Pesawat MH17 Sebagai Isu Panas?


DI saat akhbar di seluruh dunia menjadikan isu nahas pesawat MH17 di Ukraine sebagai berita panas di muka depan, berbeza pula dengan Rusia.

Akhbar utamanya, Rossiyskaya Gazeta lebih berminat menjadikan isu tabiat makan rakyat Rusia sebagai isu utama berbanding kisah pesawat MH17 yang mengorbankan 298 nyawa penumpang dan anak kapal, memetik The Guardian.

Sementara itu, akhbar-akhbar lain termasuk Vedomosti lebih menekankan berita tentang sekatan yang dikenakan oleh Amerika ke atas Rusia.

Agak pelik sebenarnya kerana ketika ini, Rusia sedang dikaitkan dengan nahas yang cukup besar dan ramai yang mula menunding jari ke arah negara itu.

Mungkinkah kerajaan negara itu sudah memberi ‘amaran’ kepada media mereka supaya tidak memperbesarkan isu tersebut?

Biarpun berita nahas ini disiarkan di stesen televisyen Rusia, mereka mendakwa ia merupakan angkara tentera Ukraine.

Bagaimanapun, tindakan seorang wartawan Rusia, Sara Firth meletakkan jawatan dari stesen televisyen Russian Today dengan alasan ‘berpegang pada kebenaran’ mungkin sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada kerajaan negara itu.

Wartawan itu menyifatkan cara liputan nahas MH17 yang disiarkan oleh majikannya sebagai ‘sangat mengecewakan’.
sumber:MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Akhbar Rusia Tak Anggap Nahas Pesawat MH17 Sebagai Isu Panas?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info