Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Inilah Wajah-Wajah Pemberontak Yang Telah Membunuh 298 Nyawa!


Insiden yang menimpa pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 pastinya menjadi memori yang paling pahit pada tahun ini untuk dikenang oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa di seluruh dunia.

Seramai 298 orang terkorban dalam keadaan yang penuh tragik dan ngeri hanya disebabkan kesilapan dan keangkuhan pihak pemisah Pro Rusia yang didakwa telah menembak jatuh pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Sehingga kini MAS telah mengesahkan sebanyak 189 penumpang berasal dari Belanda, Australia(27), Malaysia (44), Indonesia (12), United Kingdom (9), Jerman (4), Belgium (4), Filipina (3), Kanada (1), New Zealand (1) dan 4 lagi masih belum disahkan.

Tindakan tidak berperikemanusian pihak yang terlibat telah dikecam oleh seluruh masyarakt dunia termasuklah pimpinan tertinggi negara-negara besar dunia.

Di bawah ini merupakan gambar-gambar pemberontak yang telah meragut 298 nyawa yang tidak berdosa malah dengan angkuhnya pula mengancam keselamatan pasukan penyiasat antarabangsa untuk memasuki lokasi nahas MH17. – MYNEWSHUB.MY






0 Komentar untuk "Inilah Wajah-Wajah Pemberontak Yang Telah Membunuh 298 Nyawa!"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info