Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Israel Kian Terdesak, Guna Bom Kimia Fosforus Putih

 Israel kini dilihat seakan terdesak selepas pejuang Hamas membalas serangan mereka dengan roket yang gagal dijatuhi oleh Iron Dome kini mula menggunakan senjata kimia iaitu Fosforus putih.

Selepas puas mensasarkan rumah dan penduduk awam, terkini, puak zionis itu mensasarkan masjid, pusat penjagaan orang kurang upaya dan hospital penjagaan geriatrik, di mana sukarelawan antarabangsa telah bergegas untuk melindungi pesakit di hospital terbabit.

Serangan yang kejam itu turut mengakibatkan Ketua Polis Gaza, Tayseer Al-Batsh maut dan mengorbankan 18 ahli keluarganya sendiri.

Serangan udara yang dilaporkan menggunakan bahan kimia yang mengandung fosfor putih, dikenali dengan Dense Inert Metal Explosive (DIME).

Jika mengenai tubuh manusia, ia boleh membakar daging sampai ke tulang-tulangnya sekaligus.

Menurut Setiausaha Kesihatan di Gaza, “pasukan perubatan mendapati luka pada badan-badan mangsa yang terkorban dan cedera disebabkan oleh senjata kimia kimia DIME yang diharamkan. Kesan terbakar pada siling bangunan, serpihan bom yang ditinggalkan dan bahan itu yang terbakar apabila disentuh merupakan bukti tentera rejim Zionis itu menggunakan bom mengandungi bahan fosforus putih.”

“Hospital disini sesak dengan mangsa yang cedera parah dan mayat, kanak-kanak dan wanita sahaja telah merangkumi kira-kira 62 peratus daripada mangsa-mangsa yang tercedera.” katanya lagi.

Sejak awal serangan itu, sekurang-kurangnya 174 Palestin telah terbunuh dan lebih 1,090 cedera, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza. Beribu-ribu rumah telah musnah. Beberapa warga Israel dilaporkan telah cedera tetapi tiada seorang pun yang mati akibat serangan daripada roket Hamas.


Fosforus putih merupakan bom pembakar yang diharamkan penggunaannya di kawasan penempatan awam di bawah konvensyen antarabangsa.

Pada 5 Januari lalu, tentera Israel telah mengebom wilayah Beit Lahiya di utara Genting Gaza dan dua minggu kemudian, seorang pakar senjata dari Britain, Chris Cobb-Smith telah menjalankan penyiasatan di kawasan berkenaan.

“Di kawasan ini, fosforus putih yang jatuh dari bumbung telah menyebabkan berlalu letupan di dinding dan bahan kimia itu tersebar ke seluruh kawasan rumah.

”Beberapa kebakaran yang berlaku membuktikan ada pengunaan bahan terlarang itu,” jelasnya.

Sejak akhir minggu lalu, Cobb-Smith dengan delegasi Amnesty telah melawat beberapa kawasan lain di Gaza bagi menyiasat mengenai penggunaan fosforus putih oleh tentera Israel.

Seorang mangsa yang terselamat dalam serangan bom mengandungi bahan fosforus, Abu Halima yang ditemui di Hospital Shifa, Genting Gaza berkata: ”Ia amat menyakitkan, kulit saya terbakar sehinggakan saya tidak dapat tidur siang dan malam.”

Mangsa itu turut menceritakan kulitnya yang terkena bahan itu akan keluar asap jika dibasuh atau dibalut.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Israel Kian Terdesak, Guna Bom Kimia Fosforus Putih"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info