Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Jurugambar Didenda RM1,000 Panjat Bangunan Ala ‘Spiderman’


Gara-gara melakukan aksi ala ‘spiderman’ dengan memanjat bangunan 1 Sentrum, KL Sentral yang setinggi 32 tingkat, seorang jurugambar sambilan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menceroboh bangunan itu tanpa kebenaran dua minggu lepas.

Majistret Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman itu terhadap Keow Wee Loong, 26, selepas diamengaku bersalah terhadap pertuduhan itu, serta memerintahkannya menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda.

Keow yang diwakili peguam Latheefa Koya membayar denda itu.

Dia didakwa menceroboh bangunan 1 Sentrum, KL Sentral dengan cara memanjat di luarbangunan itu di Tingkat 32, Bangunan 1 Sentrum, KL Sentral pada 2.30 petang, 29 Jun lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, Keow memanjat bangunan 1 Sentrum dari tingkat luar bangunan sebelum dia ditangkap oleh pengawal keselamatan ketika berada di tingkat 32 bangunan itu pada 3.30 petang.
sumber:http://mynewshub.my/main
0 Komentar untuk "Jurugambar Didenda RM1,000 Panjat Bangunan Ala ‘Spiderman’"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info