Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Lamborghini Rempuh Konkrit, Gagal Dikawal Pemandu Valet


Seorang pemilik kereta mewah jenis Lamborghini Gallardo hanya terkedu apabila melihat kereta sport mewahnya itu melanggar tembok konkrit di sebuab hotel di India, Khamis lepas.

Kereta berkenaan milik Nipun Miglani dan ia dipandu secara cuai oleh petugas valet Hotel Le Meridien, New Delhi ketika mahu dipulangkan semula kepada pemiliknya, memetik laporan Daily Mail UK.

Rakaman visual bagaimana kereta Lamborghini itu merempuh tembok konkrit berkenaan berjayadirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) hotel berkenaan.
Kereta itu remuk dan kerosakan dijangka mencecah RM818,000.

Lamborghini Gallardo itu tiba-tiba bergerak laju melanggar belakang sebuah kereta sebelum merempuh tembok konkrit hotel hingga pecah. Akibatnya, kereta mewah itu mengalami kerosakan teruk di bahagian depan.

Pemiliknya, Miglani memberitahu bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hotel berikutan kerosakan kereta tersebut.

Harga sebuah kereta import dan kos mendapatkan alat ganti di India lebih mahal daripada negara lain kerana duti import yang dikenakan.

Sementara itu, menurut laporan AFP jurucakap hotel berkenaan berkata pekerja valet berkenaan sudah pun bekerja di hotel berkenaan selama 10 tahun.

Kenderaan berkenaan dikatakan gagal dikawal kerana lantai di hadapan lobi hotel agak licin.
sumber:http://mynewshub.my/main
0 Komentar untuk "Lamborghini Rempuh Konkrit, Gagal Dikawal Pemandu Valet"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info