Sebelum ini, ada peminat mendakwa hubungan Nelydia Senrose dan kekasihnya, Qi Razali berantakan gara-gara terlihat pelakon wanita itu menangis setelah bergaduh di sebuah pusat membeli-belah.
Mengakui ada berlaku perselisihan faham, namun Nelydia segera menafikan yang masalah itu berkaitan dengan hubungan cintanya.
"Saya tidak terkejut sama sekali jika isu ini timbul kerana ia adalah perkara normal dan berlaku sangat pantas.
"Pada saya, normal jika sepasang kekasih berselisih faham tetapi perselisihan faham itu bukanlah mengenai hubungan kami.
"Masalah itu adalah mengenai isu luar dan Qi hadir untuk menenangkan saya," katanya ketika ditemui selepas pelancaran alih bahasa filem animasi Despicable Me 2.
Kata pelakon filem Cinderella ini, kejadian itu berlaku sangat pantas dan dia bukanlah sengaja hendak mencipta keadaan,
Tambahnya lagi, hubungan cintanya dengan aktor berbakat besar itu masih dalam keadaan baik-baik saja dan berharap perkara itu tidak disalahertikan oleh peminat.
Ketika ditanya adakah dia dan Qi ada perancangan untuk bertunang, Nelydia ternyata mempunyai jawapannya sendiri.
"Saya tidak berani nak cakap. Perkara ini bukanlah dalam kawalan saya. Saya tak mahu meletakkan sebarang sasaran tertentu sebaliknya saya menyerahkan semuanya kepada ketentuan ALLAH SWT," katanya.
Belajar daripada kesilapan lalu, pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen ini mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seninya sepanjang Ramadan ini.
"Tahun lalu, saya terlibat dalam penggambaran drama Cinta Jannah sepanjang Ramadan.
"Akibat sibuk dengan penggambaran, saya tidak dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga, berbuka bersama-sama dan bertarawih," katanya.
Ketika di tanya mengenai persiapannya dalam menyambut Syawal, Nelydia memberitahu, tahun ini dia dan keluarga hanya menyambutnya secara bersederhana sementelahan lagi neneknya baru saja meninggal dunia.
"Pada hari raya pertama, kami hanya beraya di Kuala Lumpur.
"Insya-ALLAH, hari raya kedua baru pulang ke kampung bagi melawat pusara nenek," katanya.
Pun begitu, kata Nelydia, Aidilfitri kali ini, dia berpeluang menyambut Syawal dengan kekasihnya.
"Tahun lalu, kami tak berkesempatan meraikannya bersama-sama kerana dia ke Argentina.
Tahun ini, mungkin dia akan ke Argentina selepas raya, jadi dapatlah kami beraya bersama-sama," katanya -sumber:kezoom
Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini
Popular Posts
-
MELAKA: Seorang lagi remaja perempuan dari Masjid Tanah mendakwa dirinya hampir dijadikan pelacur oleh kenalan lelakinya. Insiden berkenaa...
-
Gadis Vietnam berusia 24 tahun Ta Thu Trang dari Ha Noi, Vietnam Utara, menjadi bintang internet selepas satu siri gambar beliau sebelum dan...
-
Ebay merupakan medan terbaik buat para peniaga seluruh dunia mengiklankan produk mereka. Namun ebay juga pernah memperlihatkan beberapa pen...
-
Miley Cyrus telah membuatkan penonton MTV Video Music Awards (VMA) 2013 tercengang! Miley Cyrus tampil panas dengan kostum yang sangat sek...
-
Berhubung klip video buli yang dikatakan sedang viral dalam sosial media, berikut merupakan kenyataan media Dato Hadi Awang Kecil, KP JLKN. ...
-
Shila Amzah nampaknya sempat mengambil cuti dan pulang ke Malaysia sempena Aidil Fitri 1435H yang lalu walaupun jadual beliau dilihat agak p...
-
Anak kepada penyanyi Andy (Flop Poppy) iaitu Megat Daniel Azreen atau dikenali sebagai Dan Azreen mengakui sedang menjalinkan hubungan c...
-
Nampaknya, penampilan bertudung pelakon jelita kelahiran Lahad Datu, Wawa Zainal semakin ayu, memukau dan menakjubkan sejak beberapa bulan k...
-
Di sebalik pertembungan sengit antara Kelantan dan Johor Darul Takzim bagi merebut kejuaraan Piala FA 2013, dua awek Kelantan telah mencur...
-
Nampaknya amalan bertolak ansur dalam tren di negara ini masih jauh panggang dari api meski pun gambar pada notis keutamaan tempat duduk bol...
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Nelydia Senrose Dan Qi Razali Bakal Bertunang"