Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Tembikai berbentuk labu curi tumpuan


Pekerja Nor Nasriq menunjukkan tembikai berbentuk labu.

KUALA KURAU - Seorang peniaga buah-buahan terpaksa menolak tawaran RM100 dari pelanggan yang mahu membeli sebiji buah tembikai berbentuk seperti labu.

Peniaga buah-buahan, Nor Nasriq Rosli, 31, berkata, dia enggan menjual buah tembikai itu kerana bentuknya yang pelik dan sukar ditemui.

Menurutnya, dia bersama seorang pekerja memetik tembikai di ladang ketika menjumpai buah berkenaan.

“Saya terus bercadang mempamerkan buah itu di gerai sebagai daya penarik pelanggan. Sepanjang dipamerkan, kedai saya mula menjadi tumpuan, malah ada yang menawarkan RM100 untuk membeli tembikai unik itu.

“Namun, saya masih berat hati untuk menjual tembikai ini dan terpaksa menolak kerana berhasrat mahu menyimpannya,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Nasriq percaya ada hikmah di sebalik penemuan tembikai unik berkenaan. 
sumber: - Sinar Harian
0 Komentar untuk "Tembikai berbentuk labu curi tumpuan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info