Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Akibat Selfie, Pasangan Kekasih Hampir Disambar Petir


Satu pasangan kekasih terselamat daripada hangus menjadi abu apabila sedang mereka leka berselfie, kilat menyambar betul-betul di belakang mereka.

Video dipercayai dirakamkan pasangan berkenaan di Yal-Ku Lagoon di Akumal, Quintana Roo, Mexico ketika mereka berkelah, berenang dan juga mengadakan aktiviti snorkeling.

Ketika kejadian, pasangan itu sebenarnya mahu beredar dari kawasan lagoon itu apabila diminta berbuat demikian oleh petugas penyelamat pantai kerana diberitahu ada ribut akan berlaku.

Sebelum beredar pasangan itu membuat keputusan untuk merakamkan satu video selfie tetapi mereka nyaris-nyaris maut dipanah petir.
Boleh kelihatan di atas pokok di belakang mereka terbakar disambar petir berkenaan.

Bagi anda yang menonton video ini, janganlah suka-suka sangat ketika berkelah jika hujan sudah mula kelihatan akan turun dengan lebat kerana berada di tempat terbuka ketika ribut adalah berbahaya. 
sumber:– MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Akibat Selfie, Pasangan Kekasih Hampir Disambar Petir"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info