Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Kanak-Kanak Tertembak Jurulatih Dengan Mesingan Sub


LOS ANGELES – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang sedang belajar menggunakan mesingan sub tertembak jurulatihnya dengan tidak sengaja di sebuah pusat menembak di sini, sekali gus sekali lagi mencetuskan kebimbangan mengenai kawalan senjata api di Amerika Syarikat.

Tragedi itu berlaku Isnin lalu di pusat peranginan Last Stop di Arizona, di mana kanak-kanak perempuan berkenaan dibawa oleh ibu bapanya untuk menjalani latihan menembak, kata pejabat sherif.

Kanak-kanak terbabit berjaya mengawal senjata gred ketenteraan dalam mod ‘satu tembakan’ di pusat menembak ‘Bullets and Burgers’ itu.

Masalah timbul apabila mod senjata berkenaan diubah kepada automatik dan jurulatih Charles Vacca, 39, tertembak ketika dia sedang menunjukkan kanak-kanak terbabit cara untuk menggunakan senjata itu.

Akibatnya, jurulatih berkenaan terkena tembakan yang tidak disengajakan,” kata Pejabat SherifMohave.Vacca meninggal dunia di hospital kemudian. – AFP
sumber:http://mynewshub.my
0 Komentar untuk " Kanak-Kanak Tertembak Jurulatih Dengan Mesingan Sub"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info