Bukan dekat jarak perjalanan yang ditempuhi oleh Amar Baharin, namun pengorbanan yang dilakukan pasti berbaloi kerana dapat melihat wajah Izreen Azminda menyambut kedatangannya. Mungkinkah hubungan mereka kini sudah lebih daripada sekadar pasangan kekasih di lokasi drama? Hanya Izreen dan Amar sahaja yang mengetahui. Tulis Izreen mengenai kehadiran Amar ke rumahnya:-
Eh eh ada retis dtg raya rumah kita la….so sweeetttttt…tq taw dtg jauh2 nak raya dgn i…
Kalau sudah timbul perasaan sayang, pasti para peminat merestui hubungan mereka berdua. Kedua-duanya memang secocok. Gandingan mereka di dalam drama KTAR pun sudah cukup mengujakan. Kalau benar-benar bercinta, pasti manis sangat-sangat. Tak gitu? Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk Izreen dan Amar. Semoga ada jalan untuk mereka berdua.
sumber:http://beautifulnara.com/
0 Komentar untuk "Amar Baharin Datang Dari Jauh Untuk Beraya Dengan Izreen Azminda"