Duduk berborak dengan pelakon cantik ini pasti ada sahaja yang diceritakan. Meski sedang sarat
mengandung, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta tidak berubah malah sikapnya yang ramah dan suka ketawa itu masih sama.
Memandangkan anak yang bakal dilahirkan kelak telah mendapat hak penyiaran eksklusif Astro, tentunya banyak perkara yang akan menjadi bahan liputan mereka untuk dipaparkan kepada penonton.
Che Ta yang dikenali dengan sikap yang pentingkan penampilan turut ditanya tentang persiapannya untuk bersalin. Dari segi solekan dia sudah ada perancangan sendiri termasuklah sedang memikirkan sama ada mahu menempah baju khas untuk dipakai ketika bersalin nanti. Dalam nada berseloroh, ini kata Che Ta;
"Terfikir juga nak tempah baju dengan pereka. Kebetulan akan dirakam, jadi perlu nampak menarik."
Sama ada ia hanya gurauan atau akan direalisasikan, itu adakah hak peribadi Che Ta. Sama-sama kita doakan Che Ta selamat melahirkan anak ketiganya dan yang pertama bersama Zain Saidin.
sumber:http://newsmediahunterzzz.blogspot.com/
0 Komentar untuk "Baju Mengandung Che Ta Yang...."