Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Bas Sekolah Di India, Kesian Murid-Murid Yang Naik


Di Malaysia, murid dihantar ke sekolah dengan menggunakan kemudahan yang elok serta selesa iaitu dengan bas yang berbentuk bas mini dan ada juga bas yang lengkap dengan penghawa dingin.

Bagaimanapun, perjalanan yang sama mungkin amat berbeza sama sekali bagi murid sekolah di India kerana bas sekolah mereka dikuasakan oleh tenaga manusia dengan cara berkayuh.

Tidak diketahui apa nama panggilan bagi kenderaan ini, tetapi ia adalah mungkin dieja sebegini bas-sikal.


Ia berbentuk seperti kotak barangan yang ada lubang-lubang untuk tingkap dan ia dicantumkan dengan sebuah basikal untuk dikayuh.

Bayangkanlah bagaimana agaknya suasana anak-anak untuk ke sekolah yang pastinya tidak selesa dengan keadaan bas-sikal itu yang sempit dan kecil.

Daripada gambar-gambar yang dipaparkan di laman perkongsian gambar Oobject.com, bas-bas itu berkhidmat di sekitar kawasan New Delhi untuk menghantar kanak-kanak ke sekolah.

Pastinya mereka yang bekerja mengayuh kenderaan ini untuk menghantar pelanggan iaitu murid-murid berkenaan ke sekolah terdiri daripada mereka yang mempunyai kekuatan kakiyang kuat untuk mengayuh bas-sikal itu ke destinasinya.
sumber – Mynewshub.my,
0 Komentar untuk "Bas Sekolah Di India, Kesian Murid-Murid Yang Naik"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info