Muhammad Ammar Mohd Sobri, lima bulan, cedera parah di kepala dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Persona dipandu Noor Aini Abu Bakar, 30, jurutera PETRONAS di Bintulu, Sarawak, hilang kawalan sebelum berpusing dan terbalik di tempat kejadian.
Turut berada dalam kereta ialah ibunya, Norsiah Ahmad, 60, dan adiknya Nor Asikin, 28, yang juga ibu kepada arwah Muhammad Ammar.
Noor Aini yang patah tangan kiri serta ibunya yang cedera di muka dihantar ke Hospital Dungun manakala Nor Asikin yang cedera ringan turut dirawat di hospital sama.
Seorang jururawat Klinik 1Malaysia Kuala Dungun, Farah Suzi Suliaman, 30, berkata dia ternampak kemalangan berkenaan dan segera memberhentikan kenderaannya lalu mengangkat Muhammad Ammar ke tepi jalan.

sumber: http://www.tawaunetwork.com/
0 Komentar untuk "Bayi Maut Akibat Tercampak Dari Kereta"