Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Dazrin Kamaruddin & Amyra Rosli Tak Jadi Kahwin Jumaat Ini

Apa yang ditakuti oleh pasangan bercinta/bertunang akhirnya terjadi jua kepada Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli. Sepatutnya bergelar suami isteri pada hari Jumaat ini bersamaan 8 Ogos 2014, majlis pernikahan mereka telah pun dibatalkan. Punca pernikahan dibatalkan terpaksa dirahsiakan. Kemungkinan untuk mereka memilih tarikh baru untuk bernikah itu ada, namun ia bergantung kepada jodoh mereka berdua.

Sebelum ini pertunangan Dazrin dan Amyra telah menjadi sedikit kecoh apabila pelakon lelaki tersebut dilihat bergambar mesra dengan Ramona Zamzam. Namun Ramona sendiri telah tampil dan membuat penafian yang dirinya menjadi orang ketiga dalam hubungan Dazrin dan Amyra. Terang ibu Amyra mengenai pembatalan majlis ini:-
Pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos ini dibatalkan dan tidak akan menjadi kenyataan atas persetujuan bersama. Maaf kami tidak dapat berkongsi punca pernikahan itu tidak menjadi kenyataan, sebaliknya berharap semua pihak menghormati hal peribadi yang membabitkan keluarga kami. Mengenai jodoh mereka berdua, kami serahkan kepada ketentuan takdir. Hanya itu yang dapat saya katakan ketika ini.
Semoga pembatalan ini hanya berbentuk sementara dan mereka akan mengikat tali perkahwinan jua suatu hari nanti. Takziah kepada Dazrin dan Amyra atas berita sedih ini. Semoga anda berdua tabah.
sumber: http://beautifulnara.com/
0 Komentar untuk "Dazrin Kamaruddin & Amyra Rosli Tak Jadi Kahwin Jumaat Ini"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info