Baru-baru ini portal murai.com.my telah diundang ke majlis rumah terbuka penerbit terkenal Datin Zaiton Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Kak Ton, di kediamannya di Kemensah Heights, Taman Melawati.
Apa yang pasti ada ramai selebriti popular telah hadir ke majlis berkenaan seperti Dato Siti Nurhaliza, Aaron Aziz, Fouziah Gous, Anzalna Nasir, Afiq Muiz, Julia Ziegler dan tidak ketinggalan pelakon wanita yang kini sedang sarat hamil, Fasha Sandha.
Meskipun sedang berbadan dua, namun kemunculan Fasha Sandha telah mendapat perhatian ramai, apatah lagi wajahnya cukup berseri-seri kerana sedang menghamilkan bayi perempuan iaitu cahayamata kedua hasil perkahwinanannya bersama Jejai.
Langsung tidak merahsiakan jantina kandungannya itu, Fasha Sandha berkata dia tidak sabar menanti kemunculan bayi perempuan berkenaan dan walaupun berbadan dua ianya langsung tidak menghalang untuknya melakukan amalan kunjung-mengunjung sempena meraikan Aidilfitri.
“Alhamdulillah saya akan dikurniakan anak perempuan. Jadi sepasanglah nampaknya,” katanya ringkas.
Fasha Sandha dan suaminya, Jejai telah dikurniakan anak sulung, Putra Rayfal yang sudahpun berusia lebih setahun.
Sempat juga Fasha Sanda berkongsi beberapa informasi berkenaan perkembangan terbarunya kepada tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.
“Kalau nak tahu saya akan tampil dengan beberapa buah drama termasuk sebuah drama yang dirakamkan ketika saya hamil dan dalam drama itu sendiri saya telah memegang watak sebagai seorang wanita mengandung.
“Apa yang boleh saya katakan, drama ini tak seperti drama Melayu lain kerana suntikannya yang berbeza. Ianya tak typical. Kalau nak tahu, kena tunggu tayangnnya nanti,” katanya yang cukup bersemangat.
sumber:http://www.murai.com.my
0 Komentar untuk "Berseri-seri Wajah Fasha Sandha Hadir Ke Rumah Terbuka"