LONDON – Seorang budak lelaki Britain, Boffin Ramarni Wilfred, 11, memperoleh markah tertinggi dalam satu ujian kecerdasan minda (IQ) sekali gus mengatasi IQ dua saintis ternamaStephen Hawking dan pengasas Microsoft, Bill Gates.
Markah yang diperoleh Boffin turut mengatasi kecerdasan saintis legenda, Albert Einstein.
Ujian Q itu diadakan oleh Mensa iaitu sebuah pertubuhan global dianggotai oleh mereka yang mempunyai IQ tinggi.
Boffin dikesan memiliki IQ tinggi apabila dia sudah boleh membaca ensiklopedia ketika masih bergelar anak kecil.
Dia memperoleh markah sebanyak 162 dalam ujian IQ Mensa berbanding Hawking dan Gates yang masing-masing mendapat 160 markah.
Semasa berusia 10 tahun, Boffin yang masih berada di sekolah rendah telah menulis esei falsafah untuk Universiti Oxford.
“Namun, dia masih seperti kanak-kanak lain. Anak saya gemar menonton saluran Disney dan membaca komik.” kata ibunya, Anthea, 37 yang inginkan anaknya membesar sama seperti kanak-kanak lain.
Menurut Pengarah Eksekutif Mensa, John Stevenage, markah yang diperoleh Ramarni sangat baik dan menunjukkan dia mempunyai potensi yang hebat.
Ramarni yang kini berada di sekolah menengah berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Oxford dan bercita-cita untuk menjadi pakar astrofizik. – Agensi
sumber: http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Budak 11 Tahun Atasi IQ Einstein, Hawking"