Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Eina Azman Bakal Akhiri Zaman Bujang Ahad Ini


AGAK mengejutkan khabar mengenai pelakon Eina Azman yang dilaporkan menerusi Berita Harian, sebentar tadi.

Dia bakal mengakhiri zaman gadisnya dengan kekasih hati, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden atau Datuk Gmix pada 31 Ogos ini.

Sebelum ini, Eina pernah memaklumkan bahawa dia akan bernikah pada penghujung tahun ini.

Tak sangka pula seawal ini kan?

Tapi, pastinya mereka sudah mempertimbangkan semasak-masaknya perkara itu sebelum membuat keputusan.

Berikut merupakan antara kenyataan Eina:

“Eina berharap dengan berkahwin ini segala kontroversi yang pernah terpalit dalam kerjaya seni akan hilang. Eina nak bersih daripada segala kontroversi.

“Tapi itu tak bererti Eina akan berhenti berlakon. Bahkan bakal suami pun tak menghalang. Sekurang-kurang apabila sudah berumah tangga, ada orang yang boleh jaga Eina. Selepas kahwin pun Eina kena tahu batas.

“Harap perkahwinan ini akan melenyapkan segala fitnah.”

Untuk pengetahuan anda, bukan pelakon ini sahaja yang bakal bernikah dalam usia muda, malah pelakon Erin Malek juga akan mendirikan rumahtangga pada Oktober depan biarpun baru berusia 20 tahun.

Apapun, tahniah kami ucapkan dan semoga ikatan yang dibina nanti berkekalan hingga ke akhir hayat.
sumber:MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Eina Azman Bakal Akhiri Zaman Bujang Ahad Ini"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info