Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Gadis Seksi Pada Banting Acara Muay Thai Calar Imej MB Kedah


Pelik juga, takkanlah penganjur Muay Thai Piala Menteri Besar di Kedah tak memikirkan sensitiviti masyarakat apabila menggunakan gambar perempuan seksi untuk mempromosi acara tersebut.

Dan secara logiknya, bagaimana pula bahan promosi yang digantung untuk tatapan umum itu mendapat kebenaran PBT?

Sudahnya kerajaan negeri terutama MB Kedah, Mukhriz Mahathir juga yang tercalar namanya apabila dikaitkan dengan eksploitasi wanita pada banting dan kain rentang yang dipacak di sekitar jalan utama di Alor Setar ini.

Mengikut keterangan pada banting, acara yang melibatkan tujuh perlawanan muay thai ini bakal berlangsung pada 5 dan 6 September depan jam 8.30 malam di StadiumSultan Abdul Halim.

Bagaimana pun jika tujuan penganjur meletakgambar perempuan seksi adalah untuk mencipta kontroversi supaya umum lebih maklum tentang acara kelolaannya, nyata dia berjaya kerana isu ini telah mendapat liputan sebuah akhbar tempatan.
sumber: – MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Gadis Seksi Pada Banting Acara Muay Thai Calar Imej MB Kedah"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info