Gaya ‘Sakit Gigi’ Jadi Trend Bergambar Di Jepun
Jika sebelum ini gaya berposing sambil memuncungkan mulut atau duckface menjadi trend di kalangan mereka yang suka bergambar selfie, kini pose sakit gigi pula telah mengambil alih takhta duckface.
Pose yang dikenali sebagai pose kaviti ini memang sangat popular di negara Jepun bahkan keseluruhan penghias wajah kulit hadapan majalah di sana menggayakan pose sebegitu dalam usaha menarik pembeli.
Pose kaviti ini digayakan dengan meletakkan tangan ke pipi dengan mimik muka sedih.
Mungkinkah di Malaysia ianya bakal menjadi trend juga seperti mana duckface yang gemar digayakan anda sebelum ini?
0 Komentar untuk "Gaya ‘Sakit Gigi’ Jadi Trend Bergambar Di Jepun"