Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

PENTING: Nasihat Untuk Para Pemboikot McDonald’s


Hari ini, kesedaran yang semakin tinggi dalam masyarakat membuatkan kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin bukan sahaja dikutuk tetapi diikuti usaha melibatkan solidariti termasuk penganjuran perhimpunan dan memboikot produk yang menyumbang kepada ekonomi Israel.

Tindakan memboikot produk tertentu dari Israel bukan sahaja dilakukan di negara ini tetapi seluruh dunia tanpa mengira agama dan bangsa.

Bagaimanapun jika anda adalah salah seorang yang terlibat dalam usaha ini, pastikan anda benar-benar faham situasi sebenar mengapa usaha ini dijalankan. Jika tidak maka dikhuatiri ia melahirkan puak pemboikot yang bersikap provokasi dan melampaui batas.

Perkongsian pendapat daripada pengguna Facebook Mohd Masri Mohd Ramli ini kami rasakan antara pandangan bernas yang harus difahami buat mereka yang menyertai usahaboikot ini.

Berikut pandangan beliau:

Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.

1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.

2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti ‘Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..’ Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.

3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.

4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.

5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.

6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.

7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna.

Inilah pendirian saya. TITIK.

Wallahua’lam.

-Mohd Masri bin Mohd Ramli-
sumber: http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "PENTING: Nasihat Untuk Para Pemboikot McDonald’s"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info