Awal Syawal yang lalu pastinya menjadi saat manis buat sesiapa sahaja dan detik itu telah dikongsikan oleh ramai selebriti popular tanah air dengan gaya selfie masing-masing di laman Instagram mereka.
Pastinya terpancar wajah ceria mereka dengan pemilihan kapsyen tersendiri untuk tatapan pengikut masing-masing sehingga berjaya mendapat jumlah ‘like’ tertinggi.
Penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza umpanya telah berkongsi selfi raya bersama-sama suaminya Datuk K dengan kapsyen paling ringkas dalam persalinan Rizman Ruzaini tetapi telah mendapat jumlah like lebih 13,000 daripada peminatnya.
Tidak ketinggalan selfie pasangan romantik, Lisa Surihani dan Yusry KRU yang dirakamkan di hari raya ketika masing-masing menyarungkan persalinan sedondon hijau bersama-sama piano putih sebagai penyeri foto berkenaan.
Selebriti Marsha Milan yang juga tidak ketinggalan meraikan lebaran tahun ini turut melayangkan selfie hari raya kepada seluruh peminatnya dengan menyarungkan jubah hijau daripada jenama fesyen miliknya (Marsha Milans) dan aksesori daripada Perte Handmade.
Selfie yang dimuat naik pelakon dan pengacara Neelofa bersama-sama seorang kanak-kanak comel nampaknya telah mendapat jumlah like lebih 17,000 patah lagi dia kini sudah berhijab sepenuhnya.
Begitu pula selfie yang dipamerkan pelakon comel Nora Danish yang bergaya sakan dengan perhiasan leher etnik bewarna-warni ketika berada di dalam kereta. Selfie berkenaan telah menerima lebuh 23,000 like.
sumber:murai.com.
0 Komentar untuk " Gaya Selfie Raya Selebriti Popular"