Hefny Sahad Belum Bersedia Bawa Nad Zainal Jumpa Keluarga
Percintaan pasangan ini mendapat perhatian ramai peminat dunia hiburan sebelum ini apabila ia dikatakan dibina atas kesengsaraan orang lain, atau lebih spesifik bekas kekasih Nad Zainal yang pelakon itu tinggalkan begitu sahaja. Amboi ayat.
Dalam perkembangan terbaru, Hefny Sahad mengakui yang beliau belum bersedia untuk bawa kekasihnya itu untuk berjumpa keluarga dan ibunya yang kini sedang menetap di Johor kerana masih menganggap mereka masih dalam proses mengenal hati budi.
“Hubungan kami baik dan masih rapat, cuma jarang berjumpa sebab sibuk dengan kerja. Saya juga telah berjumpa dengan keluarga dia beberapa kali sebelum ini di Ampang tetapi saya masih belum bersedia untuk membawanya berjumpa kedua-dua ibu bapa saya kerana kami masih lagi dalam proses perkenalan,” jelas Hefny Sahad kepada Kosmo! hari ini.
Hefny Sahad turut mengakui yang keluarga beliau pada awalnya tertekan dengan khabar angin tentang hubungan beliau dengan Nad Zainal namun semuanya kembali normal selepas segala persoalan berjaya dijawab satu per satu.
“Saya tidak tetapkan sasaran konkrit untuk menamatkan zaman bujang tetapi saya menyasarkan untuk menamatkan zaman bujang pada umur 30 tahun. Namun, masih banyak yang belum saya kecapi. Saya ingin membeli sebuah rumah yang selesa untuk keluarga saya terlebih dahulu di Johor,” tambahnya yang turut berkata Nad Zainal tidak mendesak dalam soal kahwin.
sumber: http://www.rotikaya.com/
0 Komentar untuk " Hefny Sahad Belum Bersedia Bawa Nad Zainal Jumpa Keluarga"