Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Hitz.fm Nafi Sebar Berita McDonald’s Agih Burger Percuma


Sebagai mana disiarkan oleh Mynewshub, tiada pemberian burger percuma akan dilakukan oleh McDonald’s Jumaat ini seperti disebarkan di laman-laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp.

Turut mendapat impak daripada penyebaran berita palsu ini adalah stesen radio Hitz.fm yang kononnya menjadi medium pertama berita ini tersebar.

Justeru, Hitz.fm telah menafikan perkara ini sebagai mana petikan jawapan mereka apabila ditanya pengikut Twitter di bawah.

Hai, kami pun tak faham dengan sikap sesetengah manusia pada zaman sekarang.

Dalam orang dok sibuk mengambil bahagian memperjuangkan nasib rakyat Palestin, ada pula yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh untuk mencipta suasana tidak aman dengan mencipta berita palsu.
Rasanya perangai macam ini pun lebih kurang Zionis juga ni sebab kerjanya memecah belahkan keharmonian, betul tak? 
sumber- MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk " Hitz.fm Nafi Sebar Berita McDonald’s Agih Burger Percuma"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info