Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Insta Selebriti : Potret Keluarga Sempena Hari Raya Aidilfitri


Walaupun sudah seminggu berlalu, namun kemeriahan Aidilfitri masih terasa. Minggu ini, GUA ingin paparkan foto-foto sambutan Aidilfitri selebriti bersama keluarga tercinta.

1. Bunga Citra Lestari

Penyanyi dan pelakon dari seberang ini telah menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur bersama keluarga suaminya, Ashraf Sinclair.


2. Scha Al Yahya

Walaupun sedang dalam pantang setelah melahirkan puteri sulung mereka pada 22 Julai lalu, Scha tetap tidak melepaskan peluang untuk menikmati kemeriahan hari raya bersama keluarga. Pasti Aidilfitri Scha dan Awal lebih meriah dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka.


3. Aeril Zafrel

Pasangan yang sentiasa romantis ini, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memuatnaik gambar anak lelaki mereka yang keletihan setelah puas beraya.


4. Amy Search

Umum maklum krisis yang pernah melanda anak-beranak Amy Search dan Nabila Huda. Namun pada 1 Syawal lepas menyaksikan penyatuan semula keluarga ini apabila mereka dilihat bahagia berhari raya bersama.


5. Lisa Surihani


Lisa sememangnya dikenali sebagai seorang yang bersifat kekeluargaan. Mana taknya, Lisa mempunyai keluarga yang besar dan ia jelas ditunjukkan menerusi gambar yang dimuatnaik oleh Lisa dengan penerangan itu hanya sebahagian daripada sepupu belah ibunya.


6. Loque

Seorang lagi selebriti yang mempunyai keluarga besar adalah Loque. Walaupun hanya beraya di kota, namun Aidilfitri Loque meriah dengan kehadiran sanak saudara di sisi.


7. Dato’ Siti Nurhaliza

Nampaknya penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza menyambut Syawal dengan keluarga suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa terlebih dahulu.


8. Myo (Oh Chenta Ku)

Vokalis kumpulan indie, Myo (OCK) telah memuatnaik gambar potret keluarganya yang sedondon mengenakan busana berona biru pada pagi 1 Syawal.


Sumber: Gua.com.my
0 Komentar untuk "Insta Selebriti : Potret Keluarga Sempena Hari Raya Aidilfitri"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info