Dalam isu penindasan Zionis laknatullah terhadap penduduk Palestin pada hari ini, dapat dilihat rakyat Malaysia bersatu padu menentang kezaliman yang sedang berlaku.
Selain usaha boikot yang semakin mendapat sokongan, ramai rakyat Malaysia semakin lantang bersuara dan tidak teragak-agak berdebat untuk menyanggah pembohongan yang dilakukan Israel bagi membenarkan tindakan tentera Zionis.
Antara ‘medan debat’ ini adalah di page Facebook Israel Defense Force yang digunakan untuk menyebarkan dakyah.
Namun jika hingga semalam pelayar dari Malaysia masih boleh melayari page Facebook tersebut, ia tidak lagi boleh dilakukan pada hari ini.
Nampaknya admin page ini telah memblok pelayar dari Malaysia untuk memasukinya.
Dipercayai, puncanya tak lain tak bukan kerana tindakan rakyat negara ini yang tampil membetulkan fakta dan membuka mata penyokong Zionis di ruangan komen.
Begitu pun, page ini masih boleh dilayari jika menggunakan proksi luar negara.
Kesimpulan daripada hal ini adalah jika kita bersatu menentang kezaliman walaupun dengan usaha kecil setiap orang, pihak yang jauh lebih berkuasa pun boleh berasa gentar dan tercabar.
sumber:- MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Israel Halang Malaysia Layari FB Israel Defense Force.. Takut Ke?"