Pelakon dan pengacara,Neelofa masih dengan pendiriannya untuk tidak mahu memberi sebarang komen mengenai desas desus yang mengaitkannya dengan kerabat dari negeri pantai timur.
Pihak wartawan dengan gigih cuba untuk mengejarnnya bagi meminta sedikit penjelasan berhubung isu tersebut, , namun hanya senyuman yang diberikan oleh pengacara MeleTOP itu sebelum dia berjalan pantas menuju ke lif.
Neelofa difahamkan terpaksa bergegas pulang kerana menghadiri kuliah di kolej selepas selesai menjadi pengacara majlis di majlis pelancaran program TV 1 Malaysia Ikon dipetaling jaya.
sumber: http://www.murai.com.my
0 Komentar untuk "Isu Kahwin Kerabat, Neelofa Terus Kunci Mulut"